JIRAN TETANGGA

Monday, April 5, 2010

Cinta Bersemi



I love u daddy
Malam ni daddy datang lagi.. tapi kali ini daddy hanya tersenyum.
Ketahuilah bahawa kehadiran daddy tanpa kata-kata itu sudah mencukupi.
Kerana daddy adalah kekuatan sayang, keyakinan bahkan nadi sayang.
Tahukah daddy malam sayang tidak pernah berbintang jika daddy
tiada di sisi. Daddy, malam ni sayang mahu daddy teman sayang
seperti masa dulu. Tidur sayang berbantalkan lengan daddy..... oh, romantisnya. Daddy suka usik sayang. Dan ketahuilah daddy, sayang amat mencintaimu. Waktu-waktu begini seringkali
sayang merindui rajuk daddy dengan muncung panjang. Comel, tapi akhirnya daddy yang pujuk sayang, kata-kata Daddy cukup romantis seolah-olah kita masih lagi dalam ”mood” bulan madu.Kelebihan daddy sentiasa mengatasi kelemahan daddy. Di mata sayang, daddy sahaja putera hati yang akan memayungi hidup sayang. Tiada lain, tiada 2 @ 3. Daddy selalu cakap sayang bulat tapi comel..tp daddy suka. ”Daddy cinta dan hanya mahu sayang seorang
sahaja dalam hidup daddy..sebagai kawan, sahabat, kekasih, Isteri dan ibu kepada anak-anak daddy.” kata-kata daddy takkan pernah sayang lupa, hanya ketentuan Tuhan sahaja bisa
mengubah segala-galanya.. betul kan daddy. Ah..sakitnya derita cinta ini. Dan kerana itulah sayang amat merinduimu. Sayang yakin cinta ini takkan mungkin padam. Kehangatan
kasih sayang sentiasa mekar seperti waktu kita mula mengenali erti cinta. Begitu indah perasaan ini kerana sayang juga tahu perasaan daddy juga sama seperti yang sayang rasa. Tapi
mampukah cinta kita bertahan..tika sayang memerlukan daddy seperti malam ini, mampukah daddy berada di sisi sayang, menyapu airmata duka yang mengalir di pipi. Jawabalah daddy,
jawab. Sayang tunggu daddy. Sayang nak daddy. Please.....!!!! Daddy , mampukah sayang berpijak di bumi yang nyata, seperti yang daddy mahu. Mampukah sayang mengemudi
bahtera kita tanpa daddy di sisi? Sayang tak ada jawapan... tapi sayang takut sangat. Daddy, jangan tinggalkan sayang...please? sampai hati daddy, daddy suka sayang menangis....hmm.
pada siapa lagi sayang harus mengadu. Ya, sayang ada keluarga sayang dan keluarga daddy yang sentiasa memberi sokongan dan kasih sayang. tetapi itu semua takkan sama dengan apa yang daddy berikan pada sayang. Tidak...tak mungkin sama. Ya, mereka dapat mengisi
kekosongan yang sayang rasai. Tapi sampai bila..sebulan, setahun atau selama-lamanya. Jawablah daddy, jangan biar sayang terus berteka-teki yang tiada jawapan sehingga penhujung
hidup Sayang.
” Daddy sayang sayang sampai bile-bile.” Tipu lagi..daddy tak sayang sayang kan. Betul kan? Kalu tidak daddy takkan tinggal kan sayang macam sekarang. Daddy juga cakap separuh dari
nyawa sayang ada pada daddy. Betul kan? Kalau daddy pergi juga macam mana sayang nak teruskan hidup sayang sebab separuh nyawa sayang pada daddy. Sanggup ke daddy biarkan
sayang hidup dengan hanya separuh nyawa. Daddy........ Daddy, sayang tak perlu intan
permata, rumah besar, kereta mewah, perhiasan yang mahal atau wang ringgit. Yang sayang mahu hanya daddy di sisi. semua itu takkan dapat menggantikan tempat daddy.
sayang hanya nak daddy, hanya daddy seorang. ‘And it only will be u forever.. please, I love u so much.. Please come back dear, I need u more than other things in My life..’

“ Aduh!” ya allah, lupa pula mummy pada sayang. Lupa yang mummy ada pengganti daddy, yang akan menemani mummy bahkan memberikan separuh nyawa mummy kembali. ”maaf ye sayang.” mummy lupa yang sayang sudah mampu merasai dan mendengar luahan hati mummy. Mulai detik ini mummy akan berkongsi segala-galanya dengan sayang walau daddy
sudah 7 bulan meninggalkan kita. Dan terima kasih untuk sayang kerana 7 bulan ini jugalah sayang menemani mummy supaya mummy tidak terlalu merindui daddy.

”ya allah, aku mohon pada mu, berikanlah aku kekuatan agar aku mampu meneruskan hidup ini tanpa suamiku disisi. Bantulah aku ya allah supaya aku tidak terus mengangisi pemergian suamiku. Berikanlah aku kekuatan agar aku tidak mudah rebah dan hanyut Dalam kesedihan sehingga aku mengabaikan bayi dalam kandungan Ku. Kau berikanlah aku kesihatan yang baik agar aku Dapat melahirkan bayiku, amanat suamiku yang terakhir dengan Selamat. Kerana dia sahajalah penyambung kasih sayang kami. "
Ya allah, kau ampunilah dosa-dosa suamiku Ketika hayatnya. Jauhkanlah suamiku dari azab Mu dan Tempatkanlah suamiku di kalangan orang-orang yang kau kasihi.
Amin..amin...ya rabbal alamin.”

Untuk daddy, sayang berjanji akan menjaga permata hati kita seperti yang daddy impikan. Walaupun daddy pergi tanpa mengetahui kehadiran baby kita, sayang akan pastikan baby kita membesar dengan mengetahui betapa daddy menyayangi kami tanpa ada kekurangan sedikit pun. Sayang juga akan pastikan dia dapat melihat daddy melalui pandangan dan kasih sayang yang akan sayang curahkan. Daddy, sayang akan menjaga permata hati kita dengan sebaik mungkin. Insyaallah.... Malam ini , walau daddy tiada di sisi sayang, sungguh tidak terasa
sepi kerana sayang semakin merasai kehadiran baby kita. Mungkin seketika sayang terasa kehilangan daddy, tapi baby bantu sayang supaya meredhai pemergian daddy. Bukan menangisi
pemergian daddy kerana kami yakin bahawa Allah s.w.t menyayangi daddy lebih dari kami.
Janji sayang suatu ketika dahulu, di saat daddy benar-benar mahukan zuriat
akan sayang penuhi. Jantina baby kita sayang biarkan penuh debaran sehingga dia lahir nanti. Zarith Amsyar bin Mohamad Amri atau Arisya Sufiah binti Mohamad Amri, pilihan daddy juga kan...

Selamat malam sayang, mummy sayang kamu.
Untuk Daddy, tunggu sayang ye... i love u so much.

4 comments:

AyanaAsham said...

bile nak wat cerpen online

MiSs TOrA said...

la penat aku baca..oo ini crita tipu ek..igt cerita kamu hehe

belalang hijau said...

nie citer betul ke hape?

cik apple said...

cite rekaan semata2.. nape belalang??