JIRAN TETANGGA

Tuesday, March 23, 2010

:: **:: SEMBELIT OH SEMBELIT ::**::

Dalam 3 mggu ni, cik aPple mengalami masalah gangguan pembuangan yg b’leluasa.... huhuhu time2 cam nie baru igt kat MAMA. Mcm2 la MAMA sumbat cam pisang, sayur, betik, oren huuhuhu paling teruk pg klinik n dapat ubat tok sumbat kat p)*&#@!. Ya ALLAH.. siksanya.. tp rmai antara kita tak tau pe sbbnya kene sembelit.. ye la malu.. hati2 ye kawan2, tak teruk takpe.. silap2 langsung tak boleh di ubati last2 ICU la tmpt kite.. so cik aPple nk kongsi skit informasi pasal SEMBELIT yg menyebabkan kanser usus..

- Mengikut informasi yg cik aPple dpt, rmai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar 1 sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu.
Ada yg kata kene sembelit, tapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya kita kurang ke tandas kurang dari 3 kali seminggu.* Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami masalah sembelit.

Sebab-sebab berlakunya sembelit:
* Kurang serat tetapi lebih makanan berlemak dan gula.

* Kurang minum air.

* Selalu menahan diri daripada membuang air besar.


* Kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan.


* Berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid. Bagi yang
mengandung-hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus
menyebabkan sembelit. Disamping itu, janin yang menekan bahagian usus
juga menyebabkan sembelit.


* Penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine
(kencing manis, hypothyroidism).


* Ubat-ubatan seperti ubat narkotik seperti ubat batuk yang mengandungi
codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang
mengandungi aluminium atau kalsium.


* Makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement).


* Penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan
berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin
mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan
bisacodyl (Dulcolax).




Cara mengatasi sembelit :
-Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 - 2 liter sehari
-Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga insyaallah dapat menghindari dari
penyakit buasir : penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
-Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
-
masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
-Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).


Moral of da storie-morie, jgn la malu2 kucing kalu kite sakit. P la jumpe doktor ke, cuba ubat tradisional ke.. ape2 je la, jgn nak wat alasan sbb ‘di mana ada kemahuan di situ ada highway’ ngeeeeeeeeeee ... Janji kite sihat. Tak kisah la sembelit ke, tak sembelit ke.. beringat sebelum kene. Kan ke pepatah de mengatakan ”mencegah lebih baik dari mengubati”. Bile kite sihat, sume nye berjalan lancar.. keluarga pon bahagia.. tak gitu!! So, pasni cik aPple nk makan ubat yg h0usemate cik aPple bg. Pastu nk cube amalkan minum air masak dengan banyak.. sehingga kite berjumpe lagi.. tata titi tutu .. renung2 kan dan selamat beramal (word taken from prof izi)

3 comments:

2R said...

makan le colon cleans yg Dr TOra kasi itu huuhu

AyanaAsham said...

minum air banyak2...satu baldi pun xpe.hehe

cik apple said...

cadangan yg bernas dari Dr Tora & bidan AYANA.. nge.. t tunda ngan ayaq na